SM 9


Hariz berada di luar bilik kecemasan selepas membawa Rania ke Hospital Ampang.  Selepas satu jam berlalu, dia masih tidak melihat doktor keluar dari bilik kecemasan itu, dia hanya dapat melihat jururawat keluar masuk dari bilik itu. Dia sudah menelefon parents Rania dan mereka dalam perjalanan  untuk sampai di hospital.
Selama satu jam di luar bilik kecemasan, dia duduk bangun-duduk bangun dan melihat pintu bilik dengan perasaan cemas dan risau kepada Rania... Dia takut kalau dia kehilangan Rania. Dia sangat takut bila melihat Rania pengsan tadi. Terhenti  jantung dia seketika bila melihat Rania pengsan di depan keretanya.Selepas satu jam berlalu, doktor dan jururawat keluar dari bilik dan berjumpa dengan Hariz..
“Hmm..Adik ni ahli keluarga Cik Rania ke?? “ tanya doktor kepada Hariz.
“Bukan..tapi saya teman lelaki Rania.. ibu bapa dia dalam perjalanan kesini.. bagaimana dengan Rania doktor??”
“Owhh...Hmm.. macam ini Encik..?”
“Nama saya Hariz..”
“Ha.. Encik Hariz..Hmm..Macam inilah.. saya perlu berjumpa dengan ibu bapa Rania dahulu kerana dia terpaksa ditahan disini kerana saya dapati dia ada masalah jantung yang lemah dan disebabkan itu Cik Rania tidak sedarkan diri dan kami terpaksa membuat rawatan lanjutan kepadanya..”
“Masalah jantung??”
“Haah.. Encik hariz tahu ke mengenai penyakit Rania?”
“Hmmm..saya tak tahu pula.. Sebab selama ini.. Rania baik jer.. Cuma saya selalu nampak dia selalu letih.. Mungkin parents Rania tahu mengenai penyakitnya..”
“Hmm..Kalau begitu.. suruh parents Rania datang ke bilik saya yer..Encik Hariz..”
“Hmm..ok...nanti saya beritahu..Terima Kasih doktor.. jadi boleh saya berjumpa dengan Rania..?”
“Sama-sama.. Hmm.. boleh tetapi sekejap sahaja ye.. Sebab saya akan pindahkan dia ke bilik lain.”
“Ok.. Terima kasih doktor..” ucap Hariz dan melihat doktor berlalu pergi ..
Hariz terduduk dikerusi selepas mendengar doktor menerangkan mengenai penyakit Rania... Rania sakit jantung ke?? Dia tak pernah tahu yang Rania sakit jantung itu.. sebab dia melihat Rania baik-baik saja seperti orang lain..dan dia jarang melihat Rania mengadu sakit.. cuma dia selalu melihat Rania selalu letih dan mukanya yang pucat. Jarang nampak dia memakan ubat atau apa-apa yang mencurigakan..
“Assalamualaikum Hariz..” serentak  Encik Azrim dan Puan Finas memberi salam.
“Eh.. Waalaikumsalam.. pak cik..mak cik.. Rania ada dekat dalam.. Hariz nak jumpa dengan Rania sekejap.. tadi doktor kata nak jumpa pakcik dan makcik..” Hariz yang duduk termenung terperanjat bila melihat parents Rania sudah sampai..lalu dia bersalaman dengan Encik Azrim dan Puan Finas..Raut wajah risau dan cemas kelihatan pada Puan Finas bila mendengar keadaan Rania semasa menerima panggilan daripada Hariz.
“Bagaimana denga Rania , Riz? Dia ok ke? “ kata Encik Azrim kepada Hariz.
“Rania kena tahan masuk wad..Pakcik..tahu yang Rania sakit jantung??” tanya Hariz kepada Encik Azrim yang ingin tahu mengenai penyakit Rania..
“Ermmm.. Pakcik rasa.. dah tiba masa pakcik beritahu Riz tentang Rania..Hmmm.. Pakcik dan makcik dah lama tahu tentang penyakit Rania.. sebab dia dah lama menghidap penyakit jantung ni.. Dia ada menghidap lemah jantung sejak dulu lagi.. dan sekarang pakcik rasa dia sangat lemah.. Dia tahan penyakitnya sehingga cuti midterm nanti untuk jalankan rawatan.. tapi dia taknak.. dia nak habis study  dia sampai cuti nanti.. “
“Lemah jantung?? Kenapa dia tak bagi tahu Riz awal-awal? “ Jelas riak wajah sedih dan kecewa pada Hariz dan dia terduduk lemah semula bila mendengar Encik Azrim menerangkan penyakit Rania..
“Mungkin dia tak nak Riz risau.. Dia memang tak suka tengok orang yang dia sayang sedih dan risau dengan penyakitnya.. Makcik dah suruh dia beritahu dengan Riz tentang penyakitnya..tetapi dia tak mahu. Masa itu pula, Riz ada perlawanan bola sepak yang penting dan dia tak mahu jejaskan karier Riz untuk sentiasa risaukan dia.. itulah yang selalu dia kata pada makcik..” jelas Puan Finas kepada Hariz..
Airmata Hariz jatuh berjurai bila mendengar Puan Finas memberitahu apa yang Rania kata kepada ibunya.. Dia kecewa bila dia rasa Rania meminggirkan dia bila Rania tidak memberitahu mengenai penyakitnya..dan dia kecewa juga sebab Rania tidak menunaikan janjinya . Dia teringat mulut comel Rania berkata kepadanya...
“Rania janji yang tiada rahsia antara kita berdua.. Dan kita akan sentiasa berkongsi  cerita dan tak akan ada RAHSIA  dari Rania dan Hariz.. Rania promise?”
Terngiang-ngiang  di telinga hariz mendengar ungkapan dari Rania dan mengingati insyarat tangan janji mereka... Dengan jari kelingking Rania menggengam jari kelingking Hariz .
“Rania tak nak buat Riz risau tu.. Sabarlah Riz.. jom kita pergi tengok Rania... pakcik tau .. Rania tu kuat semangat.. Dia tak akan mudah mengalah..  Sudah tu..jangan nangis.. malu je orang tengok ..pemain bola sepak ni menangis.. Ni lah sebab Rania tak nak bagitau Hariz ni.. mesti jadi macam ni kan..?? Jom ikut pakcik dan makcik..”pujuk Encik Azrim sambil tersenyum kepada Hariz dan memegang tangan isterinya ..
“Ok pakcik... Hehe... Terfeeling tadi.. Ranialah ni.. haishh.. hilang macho saya.. hehe..Jom.. “ lantas Hariz bangun dan mengelap matanya yang berair..

Comments

Popular posts from this blog

2014

Terima Kasih...