SM 12
| Hariz dengan Rania.. <3 td="">3> |
Tiga Tahun Berlalu..
Rania berjalan ke balkoni sambil
menghirup udara yang nyaman dan sejuk kerana keadaan diluar baru selepas hujan.
Banyak yang berlaku selepas tiga tahun semenjak Rania yang ditahan untuk
menjalankan pembedahan kerana keadaan Rania yang semakin teruk... Kenangan dan
keperitan yang ditanggung semasa tiga tahun yang lepas amat menyedihkan hati
dan melepaskan kerinduan yang tidak dapat dilupakan oleh Rania dan
keluarganya..
Rania menutup mata dan menggengam
tangannya dan diletakkan pada jantung baharunya. Dia melakukan begitu pada
setiap pagi dan malam sebelum dan juga selepas membuat sesuatu aktiviti untuk
melepaskan kerinduan dan kenangan yang dihadapi selepas kejadian itu. Rania
mengalirkan air mata dan berkata ‘ Ris akan sentiasa dekat dengan Rania dan
kita akan sentiasa bersama selamanya..’ dan dia membaca Al-Fatihah dan Yaasin
setiap pagi kepada Arwah Haris.
Rania
membuka matanya perlahan-lahan dan dia melihat ibunya disebelah kiri, ayahnya
yang sedang berdiri dibelakang ibunya yang mengucap syukur dan mencium tangan
Rania beberapa kali.. Disebelah kanannya pula Abang Amin yang senyum kepadanya
dan mengusap kepala Rania. Dia mencari-cari kelibat Haris tetapi tiada..
“Ibu.... Mana Haris??”
Wajah Ibunya yang gembira bertukar
muram lalu memandang suaminya..
“Ibu..Ayah.. Mana Haris?? Nia tak
nampak dia pun.. “
“Hmm... Nia.. tak sihat lagi ni..
berehat dulu yer.. Nanti kami panggil Haris.. Nia tidur dulu..”
“Nia dah penat tidurlah bu.. Mana
Haris.. Dia kata kalau Nia dah sembuh Ris datang tengok Nia.. ni takde pun..
Ris tipu Nia.. “ Rania menggungut dan wajahnya bertukar muram..
“Nia.. Ris bukannya tak datang.. Ris
dah datang dulu.. “ kata ayahnya..
“Mana ada.. Nia tak nampak pun...”
“Nia.. Nia sayang Ris kan? Nia kene
sabar yer.. ingat pesan Haris..”
“Nia ingat ayah.. Kenapa ayah.. ?
Kalau Ris dah datang.. Mesti Nia dah nampak..”
“Nia.. Ris dah datang.. dia sangat
dekat dengan Nia.. Ris berada dekat sini bersama Nia..” ayahnya menunjukkan
tangannya di jantung Nia bahawa Haris berada di badan Nia.. bermakna juga..
jantung Haris berada dibadan Rania..
Rania yang faham maksud ayahnya lalu
memegang jantungnya dan dia menangis dengan teresak-esak dan air matanya berjuaraian
turun dipipinya.. Dia tidak percaya bahawa Haris mendermakan jantungnya kepada
Nia.. Rania difahamkan Haris mengalami kemalangan semasa pulang dari rumah
selepas melawat Rania kali terakhir sebelum Rania melakukan rawatan susulan.
Keadaan Haris yang kritikal menyebabkan dia tidak dapat bertahan lama kerana
otaknya mengalami kecederaan yang serius dan tidak dapat diselamatkan. Sebelum
dia menghembuskan nafasnya yang terakhir Encik Azrim melawatnya dan Haris
beritahu kepada ayah Rania , jika dia tiada dimuka bumi ini.. dia mahu
mendermakan jantungnya kepada Rania supaya Rania dapat hidup dengan baik dan
dapat berada disisinya sehingga akhir hayat Rania.. Encik Azrim terharu
mendengar hasrat hati Haris sehingga saatnya yang terakhir dan kini jantung
Haris sudah berada di badan Rania..
“Nia.. bawa bersabar yer.. Haris yang
ingin mendermakan jantungnya kepada Rania.. “ Encik Azrim mengusap-usap bahu Rania
untuk menenangkan hati anaknya..
“Kenapa Haris sanggup berkorban untuk
Nia, yah? Haris.. kenapa Ris sanggup buat macam ni kat Nia.. Biarlah kita sama-sama
disana.. Haris... Nia rindu sangat dengan Ris...” Rania merungut dan menangis
sambil dia memegang jantung Haris yang sudah berada di badannya..
“Nia sayang.. tak elok cakap camtu..
Allah lebih sayangkan Haris nak.. Jangan cakap camtu.. Haris tak tinggalkan Nia
macam tu je.. Ni.. Haris sentiasa dekat dengan Nia.. walau dimana Nia
pergi..Ris sentiasa disisi Nia.. Ingat tu..” kata ibunya dan memeluk Rania
dalam dakapannya..
Selepas Rania membaca yaasin dan berdoa untuk
arwah Haris, Rania turun ke bawah dan dia melihat ibu dan bapanya sudah berada
di meja makan untuk makan malam bersama. Selepas tiga tahun berlalu dan Rania
semakin sihat dan kini dia sudah pun menamatkan pengajian ijazah sebagai
seorang doktor yang diingininya. Rania juga sudah menjadi seorang doktor pakar
bedah di sebuah hospital swasta iaitu Hospital Prince Court.
“Ayah...Ibu.. Nia ingat nak pergi bercuti
seminggu . Kita pergi bercuti nak??”
“Cuti?? Bukan Nia kata ada banyak
kerja ke? Boleh pulak cuti? “ tanya Encik Azrim.
“Nia dah minta cuti pun.. dan dah
lulus pun.. Hehe.. Ok?? Jomlah ayah..ibu.. dah lama kita tak pergi bercuti..
Boleh makan angin.. Penat lahh kerja takde cuti jer.. Badan ni macam dah putus
urat jer.. Hehe.. “ jawab Rania
“Hmm..Ada-ada jer.. putus uratlah..
badan tercabutlahh.. macam-macam alasan.. Haihh.. Kalau dah macam tu.. ayah dan
ibu ikut jer.. ayah pun tak banyak kerja sangat.. “
“Ok.. Nia set nanti kita pergi Korea nak?? Hehe.. Nia teringin sangat nak
pergi sana.. boleh jumpa mamat-mamat hensem kat Korea.. Lagipun tempat sana
best...Ayah dan ibu pun boleh honeymoon...
hehe.. “
“Ayah ikut jer.. Hehe.. Dah lama jugak
kita tak pergi honeymoon kan?? Sejak
Nia dan sihat ni.. bolehlahh kita pergi.. Lepas itu, kita pergi UK sekali
tengok kakak Nia.. “
“Haahlahh.. Dah lama tak jumpa Kak
Raina. Yerlahh sekarangkan dia dah kerja kat sana.. Balik sini pun
kadang-kadang jer.. Entah-entah Kak Raina tu ada pakwe kut ayah?? Hehe..”
Kata Rania. Dia pun sudah lama tidak contact kakaknya itu.. Kakaknya sekarang
sudah menjadi doktor pakar puan kat sana. Sesekali bila diorang berbual, Rania
ada juga meminta kakaknya berpindah ke sini.. tetapi kakaknya hanya gelak .
Rania dapat rasa yang kakaknya menyembunyikan sesuatu.
“Ibu pun setuju.. Dah lama tak jumpa
anak sulung kita ni.. Entah apa yang dia suka sangat duduk sana..”
“Ok.. Nanti Nia book ticket untuk fly esok.. hehe.. tapi ayah..ibu..sebelum kita
pergi kita ziarah kubur Arwah Ris yer??”
“Hmm.. ok..Lepas kita siap-siap kita
terus pergi sana.. Nia tak apa-apakan..?”
“Nia ok jer.. Nia rindu dengan Arwah
Ris jer.. yelahh dah jantung Ris dekat Nia ni.. asyik ingatkan dia
jerlahh..Hehe.. “ katanya lalu senyum.
Comments
Post a Comment
Haa.. Dah baca ke?? Hehe..
Kalau korang nak comment byak-byak pown takpe..
Kalau tak nak tak payah lah ..Tak kisah pun..
Dan Terima kasih kerana membaca ..
Assalamualaikum..