SM 11
Selepas 2 minggu, Rania dipindahkan ke IJN dan membuat
rawatan , keadaan jantung Rania semakin lemah dan mereka berharap ada penderma
jantung yang sudi mendermakan jantungnya kepada mereka. Encik Azrim dan Puan
Finas juga mendapat berita yang amat merisaukan dan menyedihkan mereka apabila
Doktor Amin mendapati jantung Rania mempunyai ketumbuhan di kawasan jantung
Rania yang boleh menyebabkan Rania selalu pengsan dan semakin lemah..
Hariz yang mencuri dengar Doktor Amin berbual bersama
ibubapa rania mengenai keadaan Rania , terus terduduk di tepi pintu dan
terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Doktor Amin . Puan Finas menangis
dan hatinya bertambah sayu dengan keadaan Hariz yang tidak dapat menerima
keadaan Rania yang semakin parah. Encik Azrim menepuk bahu hariz perlahan dan
memberikan kata nasihat kepadanya supaya bersabar dan bersedia untuk menghadapi
dugaan yang akan mereka tempuhi jika
kehilangan Rania..
Hariz berjalan kearah katil Rania dan melihat wayar-wayar
yang terselit dibadan Rania . Rania yang kelihatan pucat dan lemah tetap manis
dan comel di hati Hariz tika ini. Dia teringat suatu hari semasa mereka
bersantai di taman.
“Hariz... kalau Rania minta sesuatu..rasa-rasa Riz boleh
tunaikan tak??”
“Rania minta apa saja.. Riz tetap akan tunaikan , walapun
terpaksa meredah laluan liku-liku yang penuh cabaran dan dugaan yang
mendatang.. hehe..”
“Betul ni??”
“Ya sayang.. Nia nak minta apa??”
“Hmm... Kalau.. hmm.. Kalau satu hari nanti rania takda
disisi Riz.. Rania nak Riz jangan nangis untuk Nia ea?? Rania nak Riz sentiasa
senyum dan Riz mesti ingat yang Nia sentiasa menjaga Riz dimana saja..Boleh??”
“Kenapa Nia cakap camni..? Nia nak pergi mana?? Nia sentiasa
dekat dengan Riz..dan Riz sentiasa dekat dengan Nia.. ok.. Kan kita dah
berjanji akan pergi kemana-mana bersama..”
“Yerlah...Nia cuma nak Riz sentiasa senyum kalau Nia dah
takda kat muka bumi ni ke.. Ajal maut.. kita mana taukan.. Entah-entah.. Nia
takda esok ke.. Nia nak Riz tahu yang Nia sentiasa sayang dan cintakan Riz..”
“Syhhh.. nape Rania tetiba cakap pasal ajal maut ni... Nia
ada sakit serius ke? Please don’t talk like that.. Riz tak
suka lahh.. Entah-entah.. Riz ke yang takda.. lepas ni.. Haa?? Camne?? Riz tak
nak Nia sedih-sedih lagi.. Riz nak Nia senyum seperti bidadari untuk Riz..
Sayang Riz yang comel ni jangan cakap camtu lagi yer..? Sedih Riz dengar.. Riz
kalau boleh nak kita mati bersama , semunya bersama tau.. Bidadari Riz ni kene
senyum sentiasa ok?? No
more crying okayh? Cube senyum sikit..”
“Ok.. Nia tak cakap lagi macam tu.. Nia pun nak Riz yang
kacak ni sentiasa senyum..” Kata Rania dan memberikan senyuman yang manis sambil
mengenyitkan mata kepada Hariz..
Hariz membalas senyuman dan mengenyit mata kepada Raniz
semula..Mereka ketawa bila masing-masing buat kenyit-kenyit mata macam orang
tak betul..
Hariz duduk di
sebelah Rania dan mengusap tangan kiri yang sejuk dan putih itu dan berkata...
‘Rania.. Riz janji akan membuat Nia sentiasa senyum seperti
dulu dan kita pasti akan bersama semula samaada di dunia dan akhirat nanti..
Riz rindu Nia..’
Rania yang tersedar bila merasa tangannya diusap dan
mendengar seperti orang bercakap. Rania
membuka matanya dan dia melihat Hariz disebelahnya walapun kabur.. tetapi dia
tahu pergerakan dan tangan panas yang menyentuhnya itu ialah Hariz.
“Ha...Ha..rizzz....” tersekat-sekat Rania memanggil nama
Hariz dengan perlahan kerana keadaan dia masih lemah.
“Ya sayang.. sayang dah sedar..? Kejap yer Riz panggil
doktor..” Hariz senyum kepada Rania sambil mengusap matanya yang berair .
Rania memegang tangannya..
“Takpe Riz.. Nia ok.. Riz.. nangis ea? “
“Eyh.. mana ada.. Riz mana boleh nangis.. Tak gentleman lahh.. Hehe..” Hariz
perpura-pura ketawa .
“Riz.. tak payah tipu Nialahh.. Ingat Nia bodoh ke?? Nia akan sembuh nanti.. Riz jangan risau
yer.. Nia sayang Riz sangat.. “ balas Rania bila dia tahu Hariz hanya
berpura-pura ketawa kepadanya supaya kelihatan baik..
“Betullahh.. mata masuk habuk ni.. Hariz pun sayang Nia..
Rindu sangat...” balas Hariz..sambil tersenyum dan memegang tangan Rania..
“Haa..Hariz ada sesuatu untuk Nia..” Hariz berpusing
kebelakang untuk mengambil sesuatu..Dan dia memberi sejambak bunga mawar merah
dan putih kepada Rania..
“Wahhh!! Cantiknya bunga ni Riz.. Wangi.. Hmm.. “ Sedang
Rania belek-belek bunga yang diberi oleh Hariz.. Rania mengambil kertas kecil
bergambar beruang comel sedang memegang bantal berbentuk hati.
Hadirmu bagaikan bidadari ,
Melengkapkan langkahku yang terhenti ,
Kaulah permaisuri dihatiku ,
Tanpamu gelap duniaku seketika ,
Umpama nafasku tak berhenti ,
Jika kau hilang dalam hidupku ini ,
Percayalah kasih cintaku padamu ,
Hanya kau yang tercipta untukku..
Salam sayang
daripada kasihmu, Hariz..
Rania menitiskan air mata dan senyum
kepada Hariz disebelahnya selepas dia membaca kad kecil pada bunga itu. Hariz
mengelap airmata Rania pada pipinya dan membalas senyuman kepada kekasihnya..
“Jangan menangis sayang.. Tak comel
dah.. “
“Hariz lah buat Nia nangis...
Hesyhh..” Rania pura-pura marah dan memuncungkan mulutnya yang mungil itu..
“Hehe... Sorry.. Riz tak sangka pulak
yang Nia nak nangis..Itu ikhlas dari hati Riz.. “
“Terima kasih Riz sebab beri bunga dan
sayang pada Nia.. “
“Sama-sama sayang.. “ Hariz membalas
ucapan Nia dan mereka berbual-bual dan gelak tawa mereka memecah kesunyian di
bilik itu..
Di
sebalik pintu , ibubapa Rania dan Doktor Amin melihat mereka dan senyum melihat
Rania ceria daripada keadaannya yang lemah yang tidak bermaya sebelum itu..
“Pandai Riz ceriakan Nia.. Untung
Nia.. Tak sanggup Fi tengok Riz kalau Nia takda nanti atau melihat kedaan Nia
yang teruk itu bang.. Kesian mereka.. “ kata Puan Finas bila melihat Rania dan Hariz
bergurau senda.
“Hmm.. itulahh..nak buat macam
mana..kita kene redha jerlahh dengan takdir Allah..Allah yang menentukan
semuanya..”kata Encik Azrim..
Mereka hanya bertawakal kepada Allah
supaya Rania dapat disembuhkan dan dapat menjalankan kehidupan dengan baik.
Comments
Post a Comment
Haa.. Dah baca ke?? Hehe..
Kalau korang nak comment byak-byak pown takpe..
Kalau tak nak tak payah lah ..Tak kisah pun..
Dan Terima kasih kerana membaca ..
Assalamualaikum..