SM 5


Dina, Nana dan Haris melawat Rania pada keesokkan harinya di Hospital Shah Alam untuk menjenguk keadaan Rania.
“Assalamualaikum Rania..” serentak mereka beri salam kepada Rania yang sedang makan dan bersama disisinya ibu dan bapa Rania.
“Waalaikumsalam..”  jawab Rania dan gembira apabila mereka datang melawat. Selepas Rania mendapat rawatan, dia rasa bersalah kepada temannya kerana membuat mereka risau.
“Rania dah sihat?? Haaa.. ni buat tangan dari kami.. Ambillah..” hulur buah-buahan yang mereka beli di pasaraya sebelum datang ke sini kepada ibu Rania.
“Eh....susah-susah saja korang ni .. Terima kasih... “ balas Rania yang melihat buah yang dibeli oleh temannya..
“Rania, aku minta maaf buat kau terperanjat sampai masuk hospital macam ni.. kalau aku tau kau tak sihat semalam takdelah aku buat macam tu.. Kau pun tak bagi tau kita orang yang kau demam semalam.. Pergi kat padang sorang-sorang .. Haihh..bahaya tau.. ajaklah kita orang sekali..” kata Haris dengan panjang lebar. Dia sebenarnya rasa bersalah sangat, sampai dia teruk kene marah dengan minah dua orang ni sebab buat Rania terperanjat .
“Alahhh..takpelahh.. bukannya kau sengaja.. Rania pun tak sedar yang Rania demam sebab pagi tadi ok jer.. “ bohong Rania kerana sejak pagi sebelum pergi ke sekolah dia sudah rasa tidak sedap badan dan dia merasa badan dia sangat lemah tetapi disebabkan dia tidak mahu ponteng sekolah, dia gagahkan juga datang sekolah dan lagipun dia rasa hari itu hari terakhir persekolahan.. dan dia tak sangka pula Haris mahu mengejutkan dia  dan disebabkan kejutan itu jantung dia merasa sangat sakit dan tidak berupaya untuk bergerak kerana pergerakan dia lemah.
“ Hmm.. tapi apa-apa pun aku tetap nak minta maaf.. ok?” kata Haris dengan perasaan bersalah..
“ Ok.. Rania maafkan.. nasib baik Rania pengsan jer.. kalau mati habislah Haris.. hehe..” gurau Rania kepada Haris..sekali sekala kenakan Haris pun best jugak..
“Hesyhh... Rania ni.. kenapa cakap macam ni...Ibu tak suka tau..” sampuk ibu Rania yang dari tadi melihat semua kelakuan dan gurauan kawan-kawan Rania.
“Alahhh..ibu.. Rania gurau jer dengan Haris ni.. sekali sekala takutkan Haris ni pun bagus jugak..hehe.. kan Dina, Nana?? “ balas Rania yang ketawa perlahan..sambil memandang Dina dan Nana menggangguk dan  menyokong  Rania.
“Wahh...Pandai yer.. nak kenakan Haris.. tunggulah kat sekolah nanti.. taulah Haris nak uat apa dengan Rania.. Haha..” balas Haris dan dia pula ketawa besar bila melihat muka Rania yang masam pula bila ugutan Haris..
“Alahhh.. Hariss.. janganlah kesian Rania tau.. “
“Entah Haris ni.. kesian aku dan Nana jugak..” sampuk Dina pula.
“Kenapa pula nak kesian kat kau ngan Nana..? Cer cite??” balas Haris pula.
“Eh..mestilah..aku dengan Nana kan girlfriend Rania kenelah backup dia..kan Nana?” balas Dina dan meminta persetujuan Nana pula.
“Ha?? Ha?? Betullah tu.. Hahaha..” kata Nana yang pening dengan pergaduhan antara Dina dan Haris dan dia mengiakan jer..
“Hahaha..sudah-sudahlah tu..korang ni..kalau tak buat kecoh kat hospital ni tak boleh ke.. Ingat sikit sini hospital bukan tempat karaoke..” balas Rania pula sambil ketawa keriangan melihat telatah teman-temannya yang selalu menceriakan suasana.

Comments

Popular posts from this blog

2014

Terima Kasih...