SM 7


Setahun berlalu...
Selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan mereka meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing. Rania yang meneruskan pengajian di Universiti Malaya(UM) dalam jurusan medik seperti kakaknya dan Hariz juga di UM seperti Rania cuma berlainan jurusan kerana dia dalam jurusan Sport Science dan dia juga dapat memasuki diantara atlet bola sepak negara manakala Dina dan Nana di Universiti Sains Malaysia dalam  jurusan kejuruteraan.
Selepas pulang dari kelas malam, Rania dan Hariz berbual sebentar sebelum mereka gantikan perbualannya dengan menerusi panggilan video.
“Hai sayang..tengah buat apa tu?? Sibuk nampak nak Riz tolong ke?? Hehe..” Semenjak mereka bersama Hariz gelarkan dirinya Riz dan dia memanggil Rania dengan perkataan ‘sayang’.
“Hye Riz ... perli ke tu?? Haha..mana ada sibuk.. tengah kemas sikit dekat meja ni.. bersepah-sepah..” jawab Rania sambil mengemas sedikit meja dan menyusun sedikit buku di atas meja.. sambil hariz di sana menunggu dengan wajah bosan..
“Riz!! Mengelamun nampak..Teringat kat sape? Makwe baru ke?? “  sergah Rania dengan memandang wajah Hafiz dengan memberikan senyuman manis..
“Esyh.. mana ada ..teringat dekat Rania sayanglah.. sape lagi sayang yang Riz ada.. Nur Rania seorang jerlahh..”
Ting Ting!!
Dina dan Nana memanggil Rania di Skype.
“Riz.. Dina dengan Nanalah.. kejap ea..”
“Hermm..ok..”
“Dina!! Nana!! Rindunya dekat korang!!.. Hurmm..bilalah boleh jumpa lagi..” jerit Rania yang sangat merindui kawan-kawannya yang sekarang ini sibuk dengan persiapan pertandingan mereka..
“Wuiii.. Tak menyempat.. Hehe.. Aku pun rindu dekat Rania jugak.. Ea.. Hariz tak on ke.. ?”
“Ehh.. Dia on lah.. baru tadi aku cakap dengan dia.. kau panggillah dia..”
“Ok.. jap aku gi panggil dia..”
Ting!
“Haaa!! Korang.. Miss aku takk?? Haha.. “ jawab Hariz yang dengan gaya gedik dia..
“Euww!! Takde mananya aku rindu kaulah ikan haruan.. hahaha..”  Balas Nana pula  bila melihat kami bertiga di Skype.
“Eiii... sampai hati kauu!! Tak guna.. kalau kau dekat sini.. dah lama aku kejar kau takk.. Kalau kau nak kene tendangan hebat aku.. dari Hariz yang bernombor 19 ini.. Haha...Aku dah kata jangan panggil aku ikan haruan lagi... Eyshh!! Nana sewel ni.. tak faham bahasa.....”  Gurau Hariz kepada Nana kerana dia sudah lama tidak bergaduh dengan Nana..
“Wahhhh!! Meriahnya ..macam bunga api.. kalau korang ni ada.. Haih.. tau lah dah lama tak contact ..relaxlah.. bingit telinga aku dengar..” jawab Dina yang berada di sana..
“Eleh.. Aku memang dah lama tak jumpalah.. Kau dengan Nana tu hari-hari jumpa..tak payah nak ‘rindu sangat dengan korang’..Aku memang dah gian nak kacau Si Nana ni.. Haha.. Kan Nana..???”
“Errr.. Tak payah nak rindu sangat gaduh dengan aku ..Aku sekeh kau kang baru tau..”balas Nana sambil buat muka menyampah kepada Hariz.
“Haha.... korang ni kalau ada riuh rendah Skype aku ni... Haha..”kata Rania yang senyap dari tadi..
“Eyhh..biasalahh.. kitaorang kan memang macam ni.. Rania macam tak tahu pula.. Haha.. Yelah..Rania kan hari-hari jumpa SI Hariz a.k.a ikan haruan kann..hehe..?”Nana mengangkat-angkat keningnya sambil tersenyum pada Rania. Hariz pula bengang bila dia digelar sebegitu..
“Yelah Rania.. Kau dah selalu dengan Hariz.. yelahh pasangan bahagia katakan semuanya bersamalah..Aku dengan Nana jer.. sapelah nak suka kita orang kan.. Haha.. Bukannya cantik pun.. tak macam Rania.. rebutan jejaka idaman diluar tu.. Hehe..” sampuk Dina pula.
“Ehh..jangan nak mengada-ngada dengan awek aku..Langkah mayat aku dulu.. kalau nak Si Rania ni..Haha.. Dia aku punya sorang okay..” Hariz pula menyampuk bila mendengar Dina cakap begitu.
“Hahahaha... Weii.. aku main-main jerlah.. Ek eleh.. cemburu gila mamat ni...Untunglah Rania ada mamat ikan haruan ni.. sayang sentiasa.. Jelly pulak aku tengok korang ni.. Aku bilalah ek..Hehe..” kata Dina sambil meletakkan tangan ke atas dagunya.
“Alahh.. tak payah jelly-jelly nanti kalau dah sampai masa..jumpa lah jugak tu.. entah-entah lagi romantic dari kita orang pulakkan,sayang?” balas Hariz dan melihat Rania yang mendengar perbualan mereka.
“Haah Dina.. nanti kalau ada orang suka janganlah jual mahal sangat.. silap-silap orang tu lari pulak..Hehe.. Insyaallah adalah tu..” balas Rania pula.
“Alahh..korang nak tau tak? Sebenarnya...ada one guy ni memang suka dekat Dina ni.. cuma Dina je macam nak tak nak jer.. Dah lah hensem, budak lawyer pulak..Dina kata takut dia ni penuh dengan undang-undang  jer.. maklumlah lawyerkan... Haha.. Entah papelah Dina ni fikir.. Kesian dia.. Aku tengok dia ok jer.. baik pulak tu.. Sekarang ni ..dia tengah tunggu jawapan Dina tau..” kata Nana sambil mengenyit mata kearah Dina dan Dina berpura-pura marah kepada Nana.
“Serius? Haa!! Ape lagi yang kau tunggu Cik Dina oii.. accept jerlah dia..kalau kau tak kaple, kau kawan je dengan dia dulu.. kalau tetiba hati kau terbuka untuk dia.. Haa! Kitaorang tunggu nasi minyak jer.. haha..” balas Hariz.
“Hesyh Nana ni.. tak payah lah bagitau diaorang..Hmm.. aku bukan tak nak.. cuma aku tak suka orang yang penuh dengan prinsip sangat.. yelah.. kekadang aku tengok lawyer ni ada yang tegas pastu ada pulak yang hidup dia penuh dengan peraturan ataupun macam prinsip-prinsip macam diorang belajar tu..Haha..Kawan ea? Ok juga kan..Hmm..aku kawan jerlah ngan dia ea.. Hehe.. Thanks korang sebab meringankan beban aku ni..hehe.. “jawab Dina.
“Hmm..okaylah korang ..aku nak tidurlah.. dah pukul bape ni.. korang tak penat ke? Mata aku rasa dah panggil-panggil suruh aku beradu ni.. Ok korang.. aku ciao dulu.. bye.” Nana melambaikan tangan dan dia sudah offline di Skypenya.
“Haahlah.. aku pun nak keluar jugak..esok ada kelas pagi.. kalau borak dengan korang memang lupa pagi ke malam..haha.. ok..Rania, Hariz.. Bye.” Seterusnya Dina dan diikuti Hariz dan Rania.
Sebelum Rania tidur, dia mendapat mesej dan tentunya daripada buah hatinya, Hariz.
Assalamualaikum sayang..Dah tidur ke? Hehe.. Selamat malam sayangku Rania..Sleep well dan mimpikan Riz ok? I Love You Rania..Bye.
Rania tersenyum melihat mesej yang baru saja diterima . Di kala ini dia sangat gembira dan sehingga sekarang dia masih belum beritahu Hariz tentang penyakit yang dihadapinya.  Semenjak ini, penyakitnya sering menyerang pada waktu malam dan dia tetap bertahan sehingga cuti pertengahan nanti dan dia akan membuat rawatan lagi sebelum dia akan mendapat jantung baru . Rania berharap suatu hari nanti dia akan mendapat penderma jantung  dan dia redha jika Allah akan mengambil nyawanya suatu hari nanti.

Comments

Popular posts from this blog

2014

Terima Kasih...