SM 10
Rania terdengar bunyi ada orang bercakap-cakap tetapi tidak
jelas. Sekali dengar seperti suara Hariz. Selepas itu dengar suara ibu dan
ayahnya pula. Rania membuka matanya perlahan-lahan dan dia melihat ibu dan
ayahnya serta Hariz berbual-bual di hadapan katil Rania dan dia juga melihat
seorang wanita yang berpakaian putih bercakap dengan mereka.
“Ibu...” perlahan Rania memanggil ibunya.
“Rania sayang dah sedar?? Alhamdulillah...” ucap Puan Finas
bila terdengar suara lembut Rania..
“Hmm..” Senyum Rania kepada ibunya.
“Rania kat mana ibu?”
“Kat hospital ni.. Rania pengsan bila pergi makan dengan
Hariz semalam.”
“Semalam?”
“Haah.. Rania tak sedar semalam , hariz terus bawak Nia
pergi hospital.. hariz dah tau semua Nia.. “
“Riz dah tau? Emm..”
“Ya sayang.. Riz dah tau semua.. Sayang jangan sembunyi lagi
apa-apa daripada Riz lagi yer? Jangan buat Riz takut lagi . Riz tak mahu
kehilangan Nia.. Boleh?? Jangan rahsia
lagi yer??” Hariz berjalan kearah katil Rania yang terletak di hujung bilik
setelah selesai bercakap dengan doktor rania tadi.
“Maafkan rania, Riz.. Rania bukannya tak nak bagi tau.. Tapi
Rania tak nak buat Riz risau..dan rania tak nak susahkan Riz lagi.. “
“Rania tak susah kan Riz pun sayang...kalau Rania buat macam
ni lagi Riz susah hati. Jangan buat macam ni lagi yer.. “ pinta Hariz.
“Ok... Rania tak buat lagi.. Promise..” kata Rania dan
memberikan senyuman manis kepada Hariz.
“Hmmm..lama lagi ke ibu ,Rania kene duduk sini.. Boringlahh..
Nanti dengan kelas lagi.. ?” tanya Rania kepada Puan Finas.
“Hmm...tunggu sampai doktor kata Rania betul-betul sihat,
baru Rania boleh keluar. Penyakit Rania makin lemah ni.. Ayah nak Rania buat
rawatan sekarang.. Nanti kita tukar ke IJN biar Abang Amin yang buat.. “
“Alahhhh.. kene ke? Tak payahlah.. sikit jer pun.. Rania
makan jerlah ubat tu.. Nanti dia oklah.. “
“Nope! Ayah nak
Rania buat rawatan sekarang jugak... No more excuses! Ayah dah cakap dengan
Abang Amin nanti Rania buat check-up kat
sana.. Ok..? Ayah nak puteri ayah ni sihat.. Kelas tu nanti ayah cakap dengan
pihak university nanti.. Boleh sayang..?
Do it for us and Hariz too? Okayhh?? “ rayu Encik Azrim selepas berbincang dengan
doktor bernama Karin.
“Hmmmmmmmmm.... Okay... Rania buat.. “ Dengan rela Rania
terpaksa mengalah dengan ayahnya untuk membuat rawatan .
Comments
Post a Comment
Haa.. Dah baca ke?? Hehe..
Kalau korang nak comment byak-byak pown takpe..
Kalau tak nak tak payah lah ..Tak kisah pun..
Dan Terima kasih kerana membaca ..
Assalamualaikum..