SM 6


Selepas tamat waktu persekolahan, Rania,Dina,Nana dan Hariz seperti biasa mereka berehat di bawah pokok sambil membuat hal masing-masing . Dina dan Nana berbincang sesama mereka mengenai pertandingan yang mereka akan sertai di peringkat negeri dan Rania dan Hariz pula duduk berdua di hadapan yang dapat memperlihatkan permandangan padang sekolah  yang luas sambil berborak kosong. Semenjak kejadian Rania pengsan semasa sergahan Hariz seminggu dahulu, mereka semakin rapat sehingga Dina dan Nana mengesyaki sesuatu antara mereka.
“Rania.. boleh aku tanya sesuatu?” Hariz membuka mulut selepas beberapa saat selepas mereka  berhenti berbual mengenai kerja sekolah.
“ Hariz nak tanya apa??”  Rania berhenti memetik rumput-rumput yang panjang dan memandang Hariz dengan penuh tanda tanya.
“ Emmm... Aku...ermm..camne nak cakap  ea?? “
“Cakap jelah dengan mulut.. apa yang susah..Haha..”
“Yerlahh..kejap lah.. Esyh..Rania ni. Tengok Hariz dah lupa apa nak cakap tadi..”
“Hahaha.. tak payah tanya..kalau dah lupa..”
“Haa!! Dah ingat..hehe.. Ermm.. Aku nak tanya kalau Rania nak tak Hariz jadi pelindung kepada Rania?” tanya Hariz dan dia memandang Rania dengan penuh berharap dan harap Rania faham maksud dia dan dia menoleh sekejap kepada rakan-rakannya yang leka berbincang di bawah pokok itu.
“Erm?? Hariz nak jadi pelindung kepada Rania?? Bukan selama ni Hariz dah jadi pelindung Rania dengan Dina dan Nana sekali?? “ Rania bertanya semula kepada Hariz dengan pandangan yang tidak faham kepada Hariz .
“Yerlahh.. tapi maksud aku.. lebih kepada pelindung peribadi macam tulah.. “
“ermm.. Pelindung peribadi?? Hmm.. kenapa Hariz nak jadi pelindung peribad Rania?? Rania dah anggap korang semua pelindung yang baik untuk Rania.. lagipun Rania baik-baik jer sekarang kan.. Rania dah tak sakit macam haritu lagi.. Ok? Hariz risau ke kalau Rania sakit macam haritu?”
“Ermm.. Aku memang risau sangat kalau Rania sakit macam haritu lagi.. Rania tau tak..masa Rania pengsan haritu.. Aku rasa macam bersalah sangat.. Rania buat aku takut sangat.. “
“Hehe.. Hariz takut ?? Wahh.. ni yang nak buat lagi ni..Terima kasih Hariz sebab ambil berat tentang Rania..”
“Ermm.. Sama-sama..Ermm.. sebenarnya Rania.. Aku nak beritahu Rania sesuatu tapi aku harap Rania dapat terima apa yang aku cakap nanti..” bisik Hariz sambil memandang semula kepada kawan-kawannya di bawah pokok kerana dia takut kalau kawan-kawannya dengar apa yang akan dia cakap kepada Rania nanti.
“Hariz nak beritahu apa?”
“Hmm.. Sebenarnyakan Rania.. Aku dah lama sukakan Rania sejak Rania masuk sekolah dahulu..tapi sebenarnya sejak Rania pindah rumah lagi.. Aku ada terserempak dengan Rania tapi Rania mesti tak ingat masa tu.. Yerlah orang baru kan mesti sibuk kemas rumah..” terang Hariz kepada Rania dengan memandang wajah Rania.
“Ha?? Hariz suka Rania? Suka macam mana?? Suka ni banyak jenis tau.. suka sebagai kawan ke? suka sebagai adik ke?  Dan.. suka sebagai pasangan kekasih ke? Atau lain-lainlah.. “ balas Rania yang pada mulanya terkejut dengan pengakuan Hariz tadi.. dan dia berlagak tenang  dan ingin mengetahui jawapan yang betul dari Hariz.
“ Hariz suka Rania sebagai teman wanita Hariz.. Boleh??  Aku dah lama perhati Rania dari awal Rania masuk sekolah.. Semasa aku baru sampai kat pagar sekolah.. aku ternampak Rania baru keluar dari kereta dengan parents Rania dan masa tu aku sangat gembira bila Rania masuk sekolah ni.. Lepas tu, aku tak sangka Rania boleh satu kelas dan kawan dengan Dina masa waktu rehat dan Dina beritahu yang Rania akan makan sama dengan kiteorang. Sebab tu aku suka gurau dengan Rania dan bila Rania pengsan haritu.. Aku sangat takut dan rasa bersalah sangat.. Rania.. Hariz sayang Rania sangat..Rania nak tak jadi teman wanita Hariz??”  terang Hariz dengan perasaan yang berdebar-debar dan merasa segan kepada Rania kerana dia meluahkan perasaan kepada Rania..
“Errr.. Tak sangka pulak Hariz dah lama perhatikan Rania sampai macam tu sekali.. Rania..emm.. tak tau nak cakap apa ..Rania ingatkan Hariz tak suka sangat Rania sebab Hariz suka usik Rania dan Rania tak kisah.. sebab Rania tau perangai Hariz memang macam tu bila mula-mula Rania jumpa Hariz dulu.. Emm... Hariz betul ke memang sukakan Rania..?”
“Ya.. Hariz betul betul sukakan Rania..Rania sopan, baik, lemah lembut..Rania tak macam perempuan yang Hariz selalu jumpa kat sekolah yang suka berpura-pura bila jumpa Hariz.. Hariz benci orang yang berpura-pura ni...Hipokrit!.Rania sayangkan Hariz? “jelas Hariz sambil memandang tepat wajah Rania yang putih mulus .
“Rania sayangkan Hariz tapi...Rania tak tau yang Rania boleh buat Hariz gembira atau tak.. sebab Hariz  belum kenal lagi siapa Rania..dan Rania pun belum kenal lagi Hariz betul-betul.”
“Kalau Rania belum kenal Hariz lagi.. nanti Rania kenallah lagi... kan..?? Hariz pun boleh kenal Rania lagi dalam kan?? So.. Ermm can you be my girlfriend ?” Hariz memegang tangan Rania dan memegang  cincin yang terbentuk dari daun-daun rumput yang panjang .
“Ermm.. betul ni Hariz sayang Rania?” tanya Rania untuk mendapat kepastian.
“Betul Rania.. Hariz sayang sangat pada Nur  Rania seorang saja.”
“Ermm.. Okay.. Rania terima. Tapi macam mana dengan Dina dan Nana?  Nak cakap dengan diorang tak?” tanya Rania sambil memegang jarinya sambil tersenyum memandang cincin yang terbentuk dari daun-daun rumput tanda kasih Hariz kepada Rania.
“Owhh..diorang..Emm..nanti kita bagitaulah diorang.. Mesti diorang okay kut. Jangan kene gelak sudahlah.. Hesyh.. “
“Haha.. takdelah diorang gelakkan Hariz..Dan lagi satu Rania tak nak dengar lagi Hariz cakap ‘Aku’ lagi boleh? “
“Hurmm... Ok.. Aku cuba..Oppss! Hariz cuba..hehe..”  jawab Hariz dengan membalas senyuman pada Rania .
Tetiba tanpa mereka sedar, Dina dan Nana sudah berada di belakang mereka.
“Haa!! Korang buat apa tu?? Oh!! Bermadu asmara ea?? Rania? Hariz? Oh!! Dalam diam ada orang bercintalah Nana..Haha.. Ni yang nak kena sebar satu sekolah ni.. Haha...” jerit Dina kepada mereka dan dengan pantas mereka bangun dari duduk dan memandang Dina dan Nana yang tersenyum-senyum meminta penjelasan..
“Hahaha..Korang dah tertangkap.. Baik beritahu kiteorang sekarang apa yang sudah terjadi ?? Hariz? Bagitau cepat kalau tak kiteorang tak nak cakap dengan kau lagi..” Ugut Nana dan tersenyum penuh makna kepada Hariz dengan kening terangkat sambil mengangkat-angkat jari telunjuk kepada Hariz dan Rania..
“Alahh..korang ni.. baru nak surprise sikit..Kacau daun betul..Hurmm.. Aku dengan Rania dah declare jadi happiest couple in the school ..Cewahhh..Haha.. Ok tak?? “ Pengakuan dari Hariz menyebabkan Dina dan Nana ketawa dan sama-sama menepuk tangan dan menari-nari riang..Dah macam diorang pulak yang kaple kemain happy jer..
“Hahaha.. Ok jer..Aku dengan Nana dah agak dah.. Akhirnya Hariz kawan baik aku dunia akhirat ni mengaku jugak yang dia sudah tangkap cintan dengan Rania yang merangkap jugak kawan aku . Ni yang nak buat parti besar ni..Hahaha..”  Dina menyambung tawanya dan menari-nari dengan Nana dan menari tangan Rania untuk menari bersama dan tinggal Hariz sendirian dengan membuat muka blur dan masam kerana ditertawa oleh kawannya..
“Weii.. Korang ingat aku tak reti nak jatuh cinta ke?? Hesyh.. So.. korang setujulah ni.. Haha.. ni yang syok ni dapat kawan macam ni..Haha..sayang korang dunia akhirat jugak..sayang korang sebagai kawan jer.. cuma Rania lebih sikit jer..Hehe.” jerit Hariz sambil tersenyum melihat gelagat kawan-kawannya yang riang.
Dan dibawah pokok itulah saksi dua jiwa berkasih dan tempat mereka bersuka-ria. Rania sangat gembira dengan penerimaan kawan-kawannya dan pada hari itu mereka bersuka ria dan menyanyi riang di padang yang luas dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Comments

Popular posts from this blog

2014

Terima Kasih...