SM 4
Selepas beberapa minggu Rania
berpindah dan bersekolah dia sudah dapat biasakan diri dengan kehidupan baru
disini.Dan setiap hujung minggu dia dan keluarga tiada di rumah kerana dia
perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di Institusi Jantung Negara (IJN) kerana
di sana sahaja dia dapat rawatan oleh pakar jantung yang terbaik.Tiada siapa
tahu kemana keluarganya pergi pada setiap hujung minggu.
Selepas waktu sekolah, mereka selalu berkumpul di padang dan
duduk di bawah pokok untuk berborak atau siapkan kerja sekolah di situ kerana
tempat di situ sungguh menyamaikan dengan angin lembut meniup di kawasan padang
sekolah yang lapang itu. Pada petang jumaat,Rania duduk di bawah pokok sambil
termenung mengingati perbualan yang dibicarakan oleh ayahnya dan doktor Amin
yang merawatnya selama ini pada hujung minggu lepas.
“Amin, bagaimana keadaan Rania? Dia semakin pulih ke?”tanya
Encik Azrim, ayah kepada Rania.
“Dari pemeriksaan saya tadi, saya dapati jantung Rania
menunjukkan kesan positif kerana jantung dia dapat bertahan walaupun keadaan jantungnya
lemah dan denyutannya perlahan tetapi dengan semangat Rania untuk terus hidup
dia dapat menunjukkan riak positif dalam keadaannya disini.. tapi saya harap
Encik Farid tidak berhenti untuk terima rawatan kerana saya bimbang keadaan dia teruk seperti dulu..Dan saya
nasihatkan dia jangan buat kerja yang membuat kan dia penat atau kerja-kerja
aktif seperti sukan lasak ke kerja-kerja berat kerana ia dapat memudaratkan
lagi kesihatannya dan perlu makan ubat mengikut masa.” jelas doktor Amin yang
telah berkhidmat untuknya selama 5 tahun sejak dia dapat tahu keadaan kesihatan
nya pada darjah 6.
“Hmm..Insyaallah..itulah.. sekarang bila kami sudah
berpindah dan bersekolah di sekolah baru dia jadi periang dan agak lasak
jugak.. kami khuatir dengan kesihatan dia kalau dia lasak sangat.. “
“Owhh..baguslah kalau dia jadi periang dan tidak murung
macam dulu..saya tak kisah kalau dia lasak..tapi jangan buat aktivit yang dia
rasa letih dan kepenatan kerana ia akan memudaratkan kesihatan dia.. Cuma saya
risau bila dia terlalu lasak, dan menyebabkan kesihatan dia menjadi tambah
teruk dan mungkin akan menyebabkan kematian mengejut..Saya sayang Rania tu
macam adik saya sendiri..Saya juga nak dia jadi bertambah sihat seperti budak
lain...” terang doktor Amin atau Rania panggil
Abang Amin..
“Hmm..saya pun harap macam itu jugak Amin.. saya tak nak
Rania jadi seperti dulu yang murung dengan kesihatan dia yang teruk .. dan bila
doktor nasihat dia baru dia dengar cakap.. kami nasihat pun dia susah nak dengar sebab dia sedih sangat
dengan kesihatannya..” kata Puan Finas bila dia teringatkan kejadian 5 tahun
lepas bila satu keluarga dapat tahu Rania menghidap penyakit lemah jantung bila
Rania selalu sangat pengsan dekat sekolah dan muka selalu pucat bila balik dari
sekolah... Bila Rania dapat tahu kesihatan dia , dia jadi murung dan menangis kerana dia rasa
kasihan terhadap ayah dan ibunya..Apabila ayahnya membawa dia untuk pemeriksaan
dan doktor Amin itu menasihati dan merawat dia seperti adiknya sendiri, sikap
Rania bertukar dengan lebih banyak tersenyum
dan wajahnya nampak lebih ceria dari sebelumnya.
Rania yang termenung,tidak sedar Dina dan kawan-kawannya
berada di belakangnya dan melihat dia termenung bersendirian di bawah pokok.
Semasa berada di perpustakaan, Rania memberitahu Dina bahawa dia mahu pergi ke
tandas.. selepas beberapa minit, Dina hairan mengapa Rania tidak pulang dari
tandas dan Dina pergi ke tandas melihat Rania tiada di situ.. Dina cemas bila
melihat Rania takda di tandas dan kawasan sekolah.. Nana dan Haris juga mencari Rania di seluruh
kawasan sekolah dan mencari Rania tiada di kawasan sekolah.Tetiba, terlintas
difikiran Dina untuk mencari Rania di bawah pokok dan akhirya mereka menarik
nafas lega bila melihat seorang perempuan duduk di bawah pokok.
“Heyy..! Rania buat apa sorang-sorang disini??” sergah Haris
yang sememangnya dia suka sangat mengacau Rania dan buat Rania malu dan marah.
“Ya Allahh! Haris....” terjatuh Rania dari tempat dia
berdiri dan dia memegang jantungnya yang sakit akibat sergahan Haris.
“Raniaa!! “ jerit Nana dan Dina bila melihat Rania jatuh dan
mengerang sakit dan mengangkat Rania dari tersungkur jatuh ke pokok untuk
melegakan Rania..
“Dina..Nana..” lemah Rania memanggil mereka yang
membantu Rania untuk duduk dan bersandar di pokok..
“Hesyhh..Haris ni!! Janganlah buat Rania macam tu.. terkejut
dia.. nasib baik takde pape.. Eiii..geramnya !!” marah Nana kepada Haris yang
tercengang dan terperanjat dengan Rania yang jatuh akibat sergahan dia..
“Dina..tolong telefon ayah Rania.. “ tercungap-cungap Rania
memberitahu Dina dengan suara yang perlahan dan memberi telefon bimbit yang
selalu dia bawa untuk kecemasan..
“Raniaaa...Kau ok?? Kenapa ni?? Ok aku call ayah kau..kejap
tau..”
“Rania.. kau ok..?? Sorry buat kau terkejut.. aku tak ada
niat nak buat kau macam ni.. Aku minta maaf..aku main-main jer tadi..” kata Haris dengan penuh kesal kerana
buat Rania terkejut .Dia tak sangka Rania boleh terperanjat sampai muka dia
pucat . Rania yang mendengar hanya tersenyum dengan wajahnya yang pucat dan
mengangguk faham kerana dia tahu Haris suka kacau dia dan faham perangai Haris.
“ Aku dah call
ayah kau.. Kejap lagi dia sampai.. dia dalam perjalanan...” kata Dina dan dia
terus menyimpan telefon Rania dalam poketnya dan memapah Rania yang lemah ke
depan pintu pagar sementara menunggu ayah Rania datang.
Rania yang lemah dan tidak bermaya hanya tersenyum dan
menggangguk faham dan sejurus itu dia
pengsan dalam dakapan Dina. Nana dan Haris panik apabila melihat Rania tidak
sedarkan diri dan pada masa yang sama ayahnya baru sahaja sampai dan terus
membawa Rania ke hospital yang terdekat.
Comments
Post a Comment
Haa.. Dah baca ke?? Hehe..
Kalau korang nak comment byak-byak pown takpe..
Kalau tak nak tak payah lah ..Tak kisah pun..
Dan Terima kasih kerana membaca ..
Assalamualaikum..