SM 3
“Assalamualaikum ibu... Buat apa tu?? Wangi jer bau Rania bau
dari luar.. “ Sergah Rania apabila
melihat ibunya rancak memasak dan bunyi bising dari dapur. Dia yang baru sahaja
pulang dari sekolah sudah lapar terliur
bila melihat ibunya masak masakan kegemaran dia ayam lada hitam..
“Waalaikumsalam.. haihh..cuba jangan buat ibu terkejut..
nasib baik ibu tak ada sakit jantung..kalau tak dah lama ibu .....” terperanjat
Puan Finas bila melihat anak gadisnya menyergah dia bila dia memasak.. bertuah
betul budak manja seorang ni.. dan sambil itu dia mengetuk perlahan kepala
Rania sambil tersenyum melihat kelakuan anaknya itu..
“Ibuu! Sakitlah... Haishhh..” Usap kepalanya yang sudah kene
pukulan manja dari ibunya tersayang ini..
“Padan muka.. sape suruh sergah ibu macam tu.. geram betul..
Hmm.. macam mana sekolah?? Ok? Dah dapat kawan dah? Macam mana
belajar??”bertubi-tubi soalan Puan Finas kepada Rania macam peluru pistol yang
hendak menembak orang.
“Ya Allah.. ibu.. banyaknyer soalan..macam polis
pencen..haha.. Semua ok.. dah dapat kawan yang baik pun..dia pun duduk dekat
dengan kita ni.. tadi Rania balik dengan dialah.. nama dia Dina..kawan-kawan
dia pun baik jugak.. Best!!..”
“Hmm..baguslah macam tu.. tak adalah anak ibu ni
sorang-sorang..Rania macam mana ok?” tanya Puan Finas kepada Rania kerana dia
sangat risau dengan keadaan anak gadisnya yang menghidap penyakit lemah
jantung.
“Hmm..Rania ok jer ibu... Cuma Rania rasa penat sikit..
Rania nak berehat dulu lah yer.. Haa..Ayah mana? Tak nampak pun??”
“Ayah kamu keluar ada urusan sikit..kejap lagi baliklah
tu..Hmm..Rania berehatlah dulu..Ibu dah kemas barang-barang Rania dekat
bilik..ok.. Jangan lupa solat dulu..Ok sayang?” kata Puan Finas dan mencium
dahi anaknya kesayangannya sebelum Rania berlalu pergi ke biliknya untuk
mengemaskan diri..
“Hmm..ok ibu.. Rania naik dulu.. Sayang ibu.. Muahh..”balas
Rania dan mencium ibunya .Dia satu-satunya anak perempuan selepas kakaknya
pergi belajar di luar negara selama 5 tahun dalam jurusan medikal dan sekarang
kakaknya sudah berada di UK selama 3 tahun dan dia jarang balik Malaysia
kecuali cuti semester sahaja.. Rania
hanya menghubungi kakaknya melalui panggilan video sahaja..
Comments
Post a Comment
Haa.. Dah baca ke?? Hehe..
Kalau korang nak comment byak-byak pown takpe..
Kalau tak nak tak payah lah ..Tak kisah pun..
Dan Terima kasih kerana membaca ..
Assalamualaikum..