Posts

Showing posts from February, 2013

Muka saya sejak-sejak akhir ni..

Image
Firstly bored... Second.. be crazy Lastly eating..

Windu arhh.. Kah kah kahh

Image
Assalamualaikum... Hehe..Lama tak update post ni.. Hurmm.. xde ape sebenarnya... cume nak berkongsi cerita yg terpendam dihati kuu..*cewahhh..Haha.. Cume nak kongsi cerita yang kebosanan dan kerinduan jer..Wahaha... *Siyus nak muntah plak dengar... Hahaha..Sebab ape aku rindu... Hurmm.. sumenye sebab dialahh... Dah lama jugak kiteorng xcontact2.. sbb dua2 busy,... Hurmm... tulah kannn..duduk jauh2.. sorang GMI sorang KPTM.. Camtulahh.. Haritu call dia pown dia baru hbs buat assgmnt dia.. nampk mmng mcm bz sngatt.. Kalau aku... haha.. mmng tak sngatlah bz nyer.. mmng xde keje lahh.. cume klau rajin sngat gi stdylahh.. Hurmm... mmng rajin arhh kann.. Hurmm.. *haihh..bape byak kali aq mengeluh ni. Hisyh2.. tak elok... Tapi mmng kekadang kesian plak kat dia.. bz sbb subjek dia mcm pelik2 jer.. pastu dngar mcm susah plakk.. Hurmm.. btullah kut dia bz.. Dan rase mcm nak kenekan dia jer plakk.. Haha..tak nak ckap ngan dia.. *Boleh arnnnn??? * Hehe.. Kalau dia sayangkan kita.. mesti dia n...

SM 12

Image
Hariz dengan Rania.. Tiga Tahun Berlalu.. Rania berjalan ke balkoni sambil menghirup udara yang nyaman dan sejuk kerana keadaan diluar baru selepas hujan. Banyak yang berlaku selepas tiga tahun semenjak Rania yang ditahan untuk menjalankan pembedahan kerana keadaan Rania yang semakin teruk... Kenangan dan keperitan yang ditanggung semasa tiga tahun yang lepas amat menyedihkan hati dan melepaskan kerinduan yang tidak dapat dilupakan oleh Rania dan keluarganya.. Rania menutup mata dan menggengam tangannya dan diletakkan pada jantung baharunya. Dia melakukan begitu pada setiap pagi dan malam sebelum dan juga selepas membuat sesuatu aktiviti untuk melepaskan kerinduan dan kenangan yang dihadapi selepas kejadian itu. Rania mengalirkan air mata dan berkata ‘ Ris akan sentiasa dekat dengan Rania dan kita akan sentiasa bersama selamanya..’ dan dia membaca Al-Fatihah dan Yaasin setiap pagi kepada Arwah Haris. Rania membuka matanya perlahan-lahan dan dia melihat ibunya disebelah ki...

SM 11

Selepas 2 minggu, Rania dipindahkan ke IJN dan membuat rawatan , keadaan jantung Rania semakin lemah dan mereka berharap ada penderma jantung yang sudi mendermakan jantungnya kepada mereka. Encik Azrim dan Puan Finas juga mendapat berita yang amat merisaukan dan menyedihkan mereka apabila Doktor Amin mendapati jantung Rania mempunyai ketumbuhan di kawasan jantung Rania yang boleh menyebabkan Rania selalu pengsan dan semakin lemah.. Hariz yang mencuri dengar Doktor Amin berbual bersama ibubapa rania mengenai keadaan Rania , terus terduduk di tepi pintu dan terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Doktor Amin . Puan Finas menangis dan hatinya bertambah sayu dengan keadaan Hariz yang tidak dapat menerima keadaan Rania yang semakin parah. Encik Azrim menepuk bahu hariz perlahan dan memberikan kata nasihat kepadanya supaya bersabar dan bersedia untuk menghadapi dugaan yang akan mereka tempuhi  jika kehilangan Rania.. Hariz berjalan kearah katil Rania dan melihat wayar-wayar ya...

SM 10

Rania terdengar bunyi ada orang bercakap-cakap tetapi tidak jelas. Sekali dengar seperti suara Hariz. Selepas itu dengar suara ibu dan ayahnya pula. Rania membuka matanya perlahan-lahan dan dia melihat ibu dan ayahnya serta Hariz berbual-bual di hadapan katil Rania dan dia juga melihat seorang wanita yang berpakaian putih bercakap dengan mereka. “Ibu...” perlahan Rania memanggil ibunya. “Rania sayang dah sedar?? Alhamdulillah...” ucap Puan Finas bila terdengar suara lembut Rania.. “Hmm..” Senyum Rania kepada ibunya. “Rania kat mana ibu?” “Kat hospital ni.. Rania pengsan bila pergi makan dengan Hariz semalam.” “Semalam?” “Haah.. Rania tak sedar semalam , hariz terus bawak Nia pergi hospital.. hariz dah tau semua Nia.. “ “Riz dah tau? Emm..” “Ya sayang.. Riz dah tau semua.. Sayang jangan sembunyi lagi apa-apa daripada Riz lagi yer? Jangan buat Riz takut lagi . Riz tak mahu kehilangan Nia.. Boleh??  Jangan rahsia lagi yer??” Hariz berjalan kearah katil Rania yang t...

SM 9

Hariz berada di luar bilik kecemasan selepas membawa Rania ke Hospital Ampang.  Selepas satu jam berlalu, dia masih tidak melihat doktor keluar dari bilik kecemasan itu, dia hanya dapat melihat jururawat keluar masuk dari bilik itu. Dia sudah menelefon parents Rania dan mereka dalam perjalanan  untuk sampai di hospital. Selama satu jam di luar bilik kecemasan, dia duduk bangun-duduk bangun dan melihat pintu bilik dengan perasaan cemas dan risau kepada Rania... Dia takut kalau dia kehilangan Rania. Dia sangat takut bila melihat Rania pengsan tadi. Terhenti  jantung dia seketika bila melihat Rania pengsan di depan keretanya.Selepas satu jam berlalu, doktor dan jururawat keluar dari bilik dan berjumpa dengan Hariz.. “Hmm..Adik ni ahli keluarga Cik Rania ke?? “ tanya doktor kepada Hariz. “Bukan..tapi saya teman lelaki Rania.. ibu bapa dia dalam perjalanan kesini.. bagaimana dengan Rania doktor??” “Owhh...Hmm.. macam ini Encik..?” “Nama saya Hariz..” “Ha.. Encik...

SM 8

Selepas selesai  kelas biologi, dia menunggu Hariz seperti yang dijanjikan. Tidak sampai lima minit, dan Hariz masih belum sampai , secara tetiba dia merasa sakit pada jantungnya dan dia menarik nafas dengan perlahan-lahan . Selepas itu, penyakitnya datang meyerang semula dan Rania dengan segera mengambil ubat tahan sakit dari beg tangannya lalu memakan untuk menahan sakitnya menjadi teruk. Selepas 10 minit berlalu, dia melihat kelibat Hariz yang berlari kearahnya dengan termengah-mengah. “Hai sayang.. Sorry lambat..Riz minta maaf sangat-sangat.. Tadi tetiba je lecturer buat meeting sekejap dengan budak kelas.. terpaksa dengar.. Hmm.. Sayang.. Sayang ok tak ni??” kata Hariz yang melihat wajah Rania yang pucat dan berpeluh-peluh. “Owhh....Hurmm..Lama tau Rania tunggu.. tengok ? sampai dah berpeluh-peluh Rania duduk sini.. hehe.. Rania ok jer.. Takpelahh.. cuma Rania lapar kut.. sebab pagi tak makan lagi..makan sikit jer.. “jawab Rania . “Owhh..Siannyer sayang Riz ni..Hurmm....

SM 7

Setahun berlalu... Selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan mereka meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing. Rania yang meneruskan pengajian di Universiti Malaya(UM) dalam jurusan medik seperti kakaknya dan Hariz juga di UM seperti Rania cuma berlainan jurusan kerana dia dalam jurusan Sport Science dan dia juga dapat memasuki diantara atlet bola sepak negara manakala Dina dan Nana di Universiti Sains Malaysia dalam  jurusan kejuruteraan. Selepas pulang dari kelas malam, Rania dan Hariz berbual sebentar sebelum mereka gantikan perbualannya dengan menerusi panggilan video. “Hai sayang..tengah buat apa tu?? Sibuk nampak nak Riz tolong ke?? Hehe..” Semenjak mereka bersama Hariz gelarkan dirinya Riz dan dia memanggil Rania dengan perkataan ‘sayang’. “Hye Riz ... perli ke tu?? Haha..mana ada sibuk.. tengah kemas sikit dekat meja ni.. bersepah-sepah..” jawab Rania sambil mengemas sedikit meja dan menyusun sedikit buku di atas meja.. sambil hariz di sana me...

SM 6

Selepas tamat waktu persekolahan, Rania,Dina,Nana dan Hariz seperti biasa mereka berehat di bawah pokok sambil membuat hal masing-masing . Dina dan Nana berbincang sesama mereka mengenai pertandingan yang mereka akan sertai di peringkat negeri dan Rania dan Hariz pula duduk berdua di hadapan yang dapat memperlihatkan permandangan padang sekolah  yang luas sambil berborak kosong. Semenjak kejadian Rania pengsan semasa sergahan Hariz seminggu dahulu, mereka semakin rapat sehingga Dina dan Nana mengesyaki sesuatu antara mereka. “Rania.. boleh aku tanya sesuatu?” Hariz membuka mulut selepas beberapa saat selepas mereka  berhenti berbual mengenai kerja sekolah. “ Hariz nak tanya apa??”  Rania berhenti memetik rumput-rumput yang panjang dan memandang Hariz dengan penuh tanda tanya. “ Emmm... Aku...ermm..camne nak cakap  ea?? “ “Cakap jelah dengan mulut.. apa yang susah..Haha..” “Yerlahh..kejap lah.. Esyh..Rania ni. Tengok Hariz dah lupa apa nak cakap tadi..” ...

SM 5

Dina, Nana dan Haris melawat Rania pada keesokkan harinya di Hospital Shah Alam untuk menjenguk keadaan Rania. “Assalamualaikum Rania..” serentak mereka beri salam kepada Rania yang sedang makan dan bersama disisinya ibu dan bapa Rania. “Waalaikumsalam..”  jawab Rania dan gembira apabila mereka datang melawat. Selepas Rania mendapat rawatan, dia rasa bersalah kepada temannya kerana membuat mereka risau. “Rania dah sihat?? Haaa.. ni buat tangan dari kami.. Ambillah..” hulur buah-buahan yang mereka beli di pasaraya sebelum datang ke sini kepada ibu Rania. “Eh....susah-susah saja korang ni .. Terima kasih... “ balas Rania yang melihat buah yang dibeli oleh temannya.. “Rania, aku minta maaf buat kau terperanjat sampai masuk hospital macam ni.. kalau aku tau kau tak sihat semalam takdelah aku buat macam tu.. Kau pun tak bagi tau kita orang yang kau demam semalam.. Pergi kat padang sorang-sorang .. Haihh..bahaya tau.. ajaklah kita orang sekali..” kata Haris dengan panjang leb...

SM 4

S elepas beberapa minggu Rania berpindah dan bersekolah dia sudah dapat biasakan diri dengan kehidupan baru disini.Dan setiap hujung minggu dia dan keluarga tiada di rumah kerana dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di Institusi Jantung Negara (IJN) kerana di sana sahaja dia dapat rawatan oleh pakar jantung yang terbaik.Tiada siapa tahu kemana keluarganya pergi pada setiap hujung minggu. Selepas waktu sekolah, mereka selalu berkumpul di padang dan duduk di bawah pokok untuk berborak atau siapkan kerja sekolah di situ kerana tempat di situ sungguh menyamaikan dengan angin lembut meniup di kawasan padang sekolah yang lapang itu. Pada petang jumaat,Rania duduk di bawah pokok sambil termenung mengingati perbualan yang dibicarakan oleh ayahnya dan doktor Amin yang merawatnya selama ini pada hujung minggu lepas. “Amin, bagaimana keadaan Rania? Dia semakin pulih ke?”tanya Encik Azrim, ayah kepada Rania. “Dari pemeriksaan saya tadi, saya dapati jantung Rania menunjukkan kesan posi...

SM 3

“ A ssalamualaikum ibu... Buat apa tu?? Wangi jer bau Rania bau dari luar.. “ Sergah  Rania apabila melihat ibunya rancak memasak dan bunyi bising dari dapur. Dia yang baru sahaja pulang dari sekolah  sudah lapar terliur bila melihat ibunya masak masakan kegemaran dia ayam lada hitam.. “Waalaikumsalam.. haihh..cuba jangan buat ibu terkejut.. nasib baik ibu tak ada sakit jantung..kalau tak dah lama ibu .....” terperanjat Puan Finas bila melihat anak gadisnya menyergah dia bila dia memasak.. bertuah betul budak manja seorang ni.. dan sambil itu dia mengetuk perlahan kepala Rania sambil tersenyum melihat kelakuan anaknya itu.. “Ibuu! Sakitlah... Haishhh..” Usap kepalanya yang sudah kene pukulan manja dari ibunya tersayang ini.. “Padan muka.. sape suruh sergah ibu macam tu.. geram betul.. Hmm.. macam mana sekolah?? Ok? Dah dapat kawan dah? Macam mana belajar??”bertubi-tubi soalan Puan Finas kepada Rania macam peluru pistol yang hendak menembak orang. “Ya Allah.. ibu.. ba...

Welcome Back!

Image
Assalamualaikum.. Hehe.. Salam 2013..Dah lama jgak aku tak update blog ni.. Yelahh.. takde cte menarik sangat nak kongsi.. Sumenyer sama.. takde yang berubah .. Pagi pergi kolej.. Petang balek kolej..  dan setiap hari sama jer rutin.. Lepas habis kelas jumpa kawan-kawan saya yang saya rindu sangattt!! Disebabkan kiteorng xsama kelas.. kteorng still dpt jumpa kejap2 jer.. Oklah tu kann.. haha.. pastu update twitter "RINDU".. Glerr tak rindu dengan diorng.. Kalau sem lepas.. kteorng gler2.. together-getherr.. sekrang.. xde dah.. dengan Aida jerlahh.. dan jarang dah take picture2..kalau takk.. dalam setahun memang penuh dengan gambar kteorng dalam phone Fathihah ,.. haha..Kteorngkan memang gler2... Hurmm... Kejap jer masa berlalu.. pastu nanti aku pown dah nak mid termm.. haishh.. Cepat sungguhh... mcm baru smlam jer masuk dftr.. Inilah namanya kehidupan.. :D