SM 8
Selepas selesai kelas
biologi, dia menunggu Hariz seperti yang dijanjikan. Tidak sampai lima minit,
dan Hariz masih belum sampai , secara tetiba dia merasa sakit pada jantungnya
dan dia menarik nafas dengan perlahan-lahan . Selepas itu, penyakitnya datang
meyerang semula dan Rania dengan segera mengambil ubat tahan sakit dari beg
tangannya lalu memakan untuk menahan sakitnya menjadi teruk. Selepas 10 minit
berlalu, dia melihat kelibat Hariz yang berlari kearahnya dengan
termengah-mengah.
“Hai sayang.. Sorry lambat..Riz minta maaf sangat-sangat..
Tadi tetiba je lecturer buat meeting
sekejap dengan budak kelas.. terpaksa dengar.. Hmm.. Sayang.. Sayang ok tak
ni??” kata Hariz yang melihat wajah Rania yang pucat dan berpeluh-peluh.
“Owhh....Hurmm..Lama tau Rania tunggu.. tengok ? sampai dah
berpeluh-peluh Rania duduk sini.. hehe.. Rania ok jer.. Takpelahh.. cuma Rania
lapar kut.. sebab pagi tak makan lagi..makan sikit jer.. “jawab Rania .
“Owhh..Siannyer sayang Riz ni..Hurmm.. Sorry .. Jom kita
pergi makan sekarang.. Riz pun lapar jugak ni.. Jom..” ajak Hariz smbil
memegang tangan Rania yang berpeluh-peluh dan sejuk .
“Eh..sayang.. kenapa tangan ni sejuk sangat.. Tak sihat ke?
Sayang ok ke tak ni? Boleh jalan ni?”
“Haa? Ehh..boleh-bolehh.. Rania ok jerlahh.. jangan risau
sangat..hehe.. tengok Rania jalan.. ok jer.. “ balas Rania yang sedang berjalan
ke depan sambil tersenyum kepada Hariz..
“Hmm..ok.. jom..Hariz nak bawak Rania pergi makan dekat
luar.. Sedap tau makanan kat sana..“ Hariz berjalan kearah Rania dan membalas
senyuman kepada Rania.. Sebenarnya Hariz merasakan ada yang tidak kena dengan
Rania.. Seperti menyorokkannya sesuatu daripadanya..Tetapi bila melihat
senyuman Rania..dia merasa lega dan dia juga mungkin merasa perasaannya sahaja.
“owhh..ok. Jom! Rania nak makan Kuey Teow goreng.. Dah lama
tak makan kuey teow tu.. Hmm..nyum-nyum..”
Mereka pun berjalan beriringan kearah kereta Honda Civic
hitam kepunyaan Hariz.
“Raniaa!! Kenapa ni? Rania! Bangun sayang?? Kenapa ni??”
Hariz menampar pipi Rania perlahan supaya Rania sedar. Selepas Hariz menyimpan barangnya di bonet
kereta..secara tetiba ,dia melihat Rania pengsan di depan pintu kereta. Dengan
pantas , Hariz mengangkat Rania kedalam keretanya dan membawa ke hospital yang berdekatan.
Comments
Post a Comment
Haa.. Dah baca ke?? Hehe..
Kalau korang nak comment byak-byak pown takpe..
Kalau tak nak tak payah lah ..Tak kisah pun..
Dan Terima kasih kerana membaca ..
Assalamualaikum..