Hadiah kahwin yang buat kiteorang spechless

 Assalamualaikum.. hii guyss.. kembali lagi saya di blog syok sendiri hahaha.. sebabkan aku bosan dekat ofis.. so aku nak cerita perjalanan time cuti aku bulan september ni.. Jadi.. nak dijadikan cerita.. kteorang dapat hadiah kahwin yang langsung tak terlintas kteorng boleh smpai ke situ.. Cite dia hadiah kahwin apa yang kteorang dapat ni adalah dapat bercuti di Bali, Indonesia selama 4 hari 3 malam dekat sana. Aku pon tak terlintas boleh dapat pegi luar negara walaupun dekat indonesia je pon.. tapi tempat yang orang cakap cantik2 tempat dia.. 

Macam mana boleh dapat ?? Alkisahnya time raya tahun ni, fon laki aku jatuh pecah time keje raya dekat istana haritu.. lepas tu pegilah cari kedai fon pegi repair dekat SPR Smart phone repair kat sana.. nasib baik ada kedai bukak jgak.. so laki aku pegilah repair sana and diorng suruh isi contest yg diorng buat sbb holiday raya kut.. so nak jadikan cerita rezeki baru kahwin kteorang agaknya.. and mostly cakap camtu.. lepas raya tu.. laki aku terlintas nak tengok live SPR tu sbb dia isi form contest tu.. live contest SPR ni plak pilih nama random tauu.. so ada lah beberapa hadiah lucky draw yang ada mcm dpt tiket pegi sunway pyramid, dapat cable fon, dapat tiket theme park ke apa cmtu.. dan grand prize tu plak dpt percutian ke Bali. So punye lah random ttiba nama laki aku kene petik.. apa lagi.. lajulahh kteorng reply dkat socmedtu.. so tulah citenye mcm mana boleh dapat tiket free gi bali.


Berbalik kepada time cuti baru2 ni.. kteorang decide lah pegi Bali bulan september sebabkan laki aku ada masa yang tak sibuk sngat..seriouss talk weii.. pegi sana rasa sangat tak puas ddk sana.. banyak lagi tmpat rasa mcm nak pegi.. tapi sbb kteorng amik travel pakej dari agent so kteorng ikut je apa dia bawak.. sbb first time kan xtau tmpat mana yg elok.. 


12/9 -  Kteorang gerak dari rumah pukul 3 pagi sbb flight pkul 7.30 nak kene ready awal dari time tu.. kteorang pon minta tolong member husb hantarkan ke airport.. sampai2 airport nak check in bag perghh dah beratur panjangg weii.. laju betul diorng ni nak pegi.. flight kteorng Batik Air ke Denpasar sbb kan aku first time naik flight international mcm excited sikit haha.. tak tahu pulak dari klia tu kene transit naik bas nak ke terminal lain untuk ke flight kteorng tu.. 

Sempat jugak tau sebelum tu masak nasi goreng takut lapar dan dkt flight tu mknn mahal


Gambar boarding passport is a must 😂




Kteorang berlepas tu dkat klia hujan lebat lagi.. 

Tengoklah dah smpai kat atas tu pertengahan jalan tu terang cantik tau..




Lepas 2 jam macam tu baru lah sampai ke Airport Denpasar iaitu airport yang kalau ko pegi Bali mmng stop kat situ..first time jejak kaki kat airport luar buat aq rasa excited but careful lah sbb kt tmpt orang kan.. so aq dgn husband pon isi form apa sume smpai lepas imigresen kt indo sana.. mcm2 orng nmpk.. betul2 rasa mcm orng indo plus foreigner sbb tgk kt Bali ramai gile orng putih.. 

Kteorang keluar semua lepastu tnggu driver/tour guide kteorang.. Adi nama dia budak2 lagi.. mcm bawah kteorang 3/4 thun cmtu.. kteorang smpai dlam kul 10 pg cmtu lpas tu dia bawak pegi ke tempat Ubud Monkey Forest kt situ ada temple dgn bnyak monyet kt situ.. nasib bukan monyet kt kg hahaha.. ni pon sama ganas jgak suke amik barang orang..

Lepas dah jalan2 tu.. dia bawak pegi ke Jimbaran Beach Seafood kat situ kteorang boleh tangkap2 gmbr sambil2 makan2 mlam dgn ptang lah kiranya.. dan lepas tu dia bawak balik hotel.. ohh kteorang dah check hotel lepas balek dari Ubud tu.. 

Next day.. on other post haha

Comments

Popular posts from this blog

2014

Terima Kasih...