SB 1


“Nama saya Nur Rania bt Azrim. Saya baru saja pindah sini 2 minggu lepas dan  tinggal di Taman Sinar . Selamat berkenalan..“ senyuman manis dari Rania kepada teman-teman dari kelas barunya iaitu 4 Garden . Rania pindah sini kerana ibu bapanya baru saja dapat kerja berdekatan di sini dan dia terpaksa pindah ke sini walaupun dia sangat rindu sekolah lamanya iaitu Sekolah Menengah Damansara.
Semua murid dari kelas itu terpegun melihat kecomelan wajah Rania bak puteri kayangan gitu.. wahh... Wajahnya persis  Siti Nurhaliza.. Ada yang ternganga dan ada juga yang gatal nak mengorat Rania...yang semestinya Rania ini seorang yang pemalu walaupun disebalik wajah senyumannya yang manis itu dia seolah-olah gembira dengan kehidupannya..Dan tiada seorang pun tahu sebalik senyumannya yang manis dan comel itu.
Guru  kelas  4 Garden dan juga guru matematik yang bernama Cik Erin itu menyuruhnya duduk disebelah budak perempuan yang bernama Dina.
 “Hye Rania.. Saya Dina..Selamat Berkenalan dan berkawan.. hehe.. Saya pun tinggal dekat Taman Sinar.. Nanti bolehlah saya datang rumah awak yer.. “ ramah Dina kerana dia seorang yang sangat happy go lucky dengan semua orang dan satu sekolah kenal dengan Dina kerana dia sangat rajin menegur orang walaupun dia sendiri tak kenal orang itu..
“Hye Dina.. Yeker?  Saya tinggal dekat no 23..awak tinggal no berapa? Hmm..ok jugakk.. nanti awak datanglah rumah saya.. Saya pun tak kenal orang-orang berdekatan rumah saya itu... “ balas Rania yang menyenangi keramahan Dina itu.. Hmm.. ramahnyer Dina ni.. Dahlah cantik .. Hmm..tapi baik sangat pulak dia ni nak datang rumah..
“owhh.. 23.. saya 20.. selang 2 buah rumah jerlahh.. tapi kenapa saya tak pernah nampak ada orang pindah yer.. Hmm.. Alah..takpe.. nanti saya bantu awak kemas rumah.. kalau rajin.. hehe.. “
“Saya dan keluarga kalau pindah tak banyak barang sangat tak macam orang yang selalu pindah tu sampai 2 buah lori datang.. hehe.. “
“owhh..hehe.. ok..Hmm...awak mesti takde buku lagikan.. kita kongsi jerlahh..nanti saya tunjukkan kedai buku untuk awak beli buku okay..? “ celoteh mulut Dina berborak sampai dia tak sedar cikgu Erin bagi arahan dia untuk senyap..
“Hehe..ok..Terima kasih Dina..” balas Rania yang menyedari Erin diperhati oleh Cikgu Erin kepada Dina menyuruhnya supaya senyap..
“No prob lahh.. Hmm..oklah kita study dulu lahh.. nanti cikgu erin bising.. penat nanti saya kene ceramah.. cikgu tu kalau ceramah.. sampai bunyi loceng baru dia berhenti membebel.. erghh...sakit telinga saya dengar.. haha..”  jawab Dina kerana dia selalu di beri ceramah yang free-free sebab mulut dia yang telebih ramah ni.. haha.. sampai dia dah tau topik dan ayat ceramah cikgu tu..
“Hehe..ok..” jawab Rania dan dia melemparkan senyuman kepada teman kelasnya yang dari tadi tidak henti menoleh kepada dia dan berbisik sesama sendiri  dan ada juga budak lelaki yang melambai-lambai kepadanya..  Hishh.. rimas pulak aku tengok budak lelaki ni.. Bukannya hensem pun.. Katanya dalam hati dan ada kalanya dia tergelak melihat gelagat budak lelaki itu..

Comments

Popular posts from this blog

2014

Terima Kasih...